MAKLUMAT SYARIKAT




PROFAIL SYARIKAT

Diamanahkan untuk Menjaga • Memelihara • Memimpin dan Menawarkan Hanya yang Terbaik

Sejak penubuhannya pada 1995, visi Elken tetap berfokus pada memperkaya kehidupan. Syarikat ini teguh mempertahankan falsafahnya, “Elken Menjayakan Anda untuk Menjayakan Bangsa”. Di Elken, kami bersandarkan kepercayaan dan memelihara manusia, serta membangunkan pelbagai aspek kehidupan mereka, termasuk kesihatan, pembangunan PERIBADI, keyakinan, keteguhan kewangan, kerjaya dan keluarga. Sebagai balasan, Ahli-ahli Elken terus berkongsi tentang peluang ini dengan cara yang paling bermakna.
Sebagai salah satu syarikat jualan langsung terkemuka di Malaysia, Elken telah menjadi piawai teladan bagi kejayaan kelahiran tempatan. Elken turut menubuhkan enam lagi tapak perniagaan yang kukuh di rantau Asia Pasifik, iaitu di Hong Kong, India, Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Dengan konsep kesihatan dan kecantikan holistik yang tersendiri, Terapi Pembaharuan Molekul (MRT) Elken menekankan empat unsur hidup yang kritikal bagi mencapai kesihatan yang optimum: pemakanan seimbang; pengambilan oksigen yang secukupnya; detoksifikasi dan pelarasan kesihatan; sementara Konsep Kecantikan Menyeluruh Elken pula memfokuskan penyerlahan kecantikan diri yang sejati dari hujung rambut hingga hujung kaki, dari dalam hingga luar. Tidak lupa juga rangkaian produk dan perkakasan isi rumah kami yang mesra alam, sesuai dan memuaskan mereka yang mempunyai anak-anak kecil.
Syarikat ini turut membuka 8 cawangan di seluruh negara, iaitu di Pulau Pinang, Seberang Jaya, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Kota Bharu. Baru-baru ini, kami telah mengubahsuai kemudahan-kemudahan yang sedia ada ke taraf antarabangsa, misalnya galeri kecantikan, ruang istirahat, kemudahan latihan serba guna dan EK One, sebuah gedung runcit kemegahan sehenti di samping 100 lagi pusat stokis di seluruh Malaysia, sekali gus menyediakan tempat bagi perkongsian kepakaran, saling belajar dan pemindahan kemahiran.
Sertailah usaha Elken untuk membantu menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik dengan mengubah kehidupan pelanggan, pengedar, pekerja dan masyarakat amnya. Elken menganjurkan pelbagai aktiviti untuk memberi khidmat dan membina komuniti melalui:

Bantuan Bencana Antarabangsa dan Tempatan

Pada 1999, ELKEN memulakan satu kempen mengumpul dana untuk Tabung Kemanusiaan JE Nanyang bagi membantu para petani yang menghadapi kelumpuhan sumber kewangan dan kehilangan nyawa ketika wabak JE melanda.
Pada 2007, ELKEN menubuhkan satu pusat pungutan makanan dan barang keperluan untuk mangsa banjir Malaysia di seluruh negara, dan mengerahkan ahli-ahlinya untuk menderma dan menaja bungkusan biskut serta kopi dengan sumbangan RM10 seorang di lebih 100 saluran keluarnya di seluruh negara.

Menyelamatkan Nyawa

ELKEN mempunyai komitmen khas untuk menjuarai usaha menderma darah sebagai sebahagian daripada khidmat masyarakatnya untuk “berkongsi dan mengambil berat”. Elken memegang beberapa rekod dalam The Malaysia Book of Records sebagai penderma darah terbanyak dalam sehari oleh sebuah organisasi tunggal.

Kempen Kasih Sayang

Sejak 2005, ELKEN telah menyebarkan keriangan menyambut Festival Kuih Bulan dengan menghadiahkan berkotak-kotak kuih bulan setiap tahun. Setakat hari ini, lebih 6,000 kotak kuih bulan telah dihadiahkan kepada rumah orang tua, rumah anak yatim, pertubuhan kebajikan dan pelajar sekolah yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Memperkasa Mereka yang Kurang Bernasib Baik

YAYASAN ELKEN secara berterusan telah menyediakan pendidikan dan latihan untuk menambah baik kehidupan dalam masyarakat. Dari permulaannya lagi, Yayasan ini telah berkolaborasi dengan PJ Live Arts, sekolah-sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Living Hope untuk membolehkan mereka yang kurang bernasib baik menyertai ceramah tentang pemakanan, program cuti sekolah yang menyeronokkan, lawatan ke pameran dan menikmati makanan berkhasiat.

“Jayakan Anda. Jayakan Bangsa.”

Falsafah ELKEN untuk memelihara dan menggalakkan orang mengatasi keadaan supaya muncul sebagai yang terbaik mungkin, dan pada masa yang sama menyebarkan kebijaksanaan serta memupuk mereka yang disayangi, kawan-kawan dan kenalan untuk mengalami perkara yang sama melalui budaya prihatin dan sudi berkongsi yang unik.
Membangunkan manusia termasuk, tetapi tidak terhad kepada kesihatan, pembangunan peribadi, keyakinan, kegembiraan, keteguhan kewangan, kerjaya dan keluarga. Ia mendukung inti pati untuk menghubungkan manusia pada paras hati ke hati, sambil memperkaya kehidupan manusia melalui perniagaan meminjam kuasa dan penduplikasian mengikut cara ELKEN yang unik.
Mesej yang abadi dan mengubah kehidupan ini menjadi testimoninya sendiri. Seperti benih dandelion yang dibawa angin dan mengembara jauh dari pokok asalnya, begitu jugalah dengan Elken yang menyebarkan benih prihatin dan sudi berkongsinya supaya menjangkau jauh untuk menyentuh banyak lagi kehidupan dengan cara yang istimewa dan bermakna sekali.
Berbakti untuk meninggalkan warisan kasih sayang, kepercayaan, belas kasihan dan jiwa kemanusiaan yang berkekalan.
Yayasan ELKEN ditubuhkan untuk mengurangkan kemiskinan dan kesengsaraan, memelihara daya berdikari dan memperkasa mereka yang kurang upaya dan kurang bernasib baik melalui pendidikan dan latihan serta menggalakkan semangat prihatin dan sudi berkongsi.
Ia juga membantu rakan kongsi dan berkolaborasi dengan individu dan pertubuhan yang mempunyai minda yang sama untuk menjalankan aktiviti demi kebaikan kehidupan komuniti, masyarakat, bangsa dan dunia.
Yayasan ELKEN berharap untuk menyumbang secara positif dan menyokong usaha kebajikan masyarakat di samping meningkatkan usaha dan inisiatif secara sosial supaya menyentuh kehidupan dan meninggalkan kesan kepada masyarakat di beberapa negara yang Elken menjalankan operasinya.